Salam perjuangan....Peperiksaan SPM telah melangkaui minggu ke-2. Selamat menjawab diucapkan kepada semua pelajar. Sifarkan kesilapan semasa menjawab terutamanya soalan yang mudah.
Merujuk kepada soalan bahasa Melayu SPM, boleh dikatakan soalan tersebut rata-ratanya boleh dijawab oleh para pelajar. Banyak soalan yang keluar, mirip kepada soalan percubaan negeri-negeri berkenaan. Tahniah diucapkan kepada para penggubal soalan berkenaan.
Seminggu sebelum peperiksaan, rata-rata pelajar ketagihkan soalan ramalan para guru (pelajar yang kurang bersedia agaknya, pada perkiraan saya). Ini juga merupakan satu permintaan soalan ramalan daripada para pelajar yang amat menjengkelkan bagi saya. Saya bukannya guru pembuat soalan ramalan. bada hemat saya, sekiranya pelajar berkenaan telah bersedia dengan segala ilmu yang dipelajari dan dibelajari.. pasti pelajar tersebut boleh meramalkan..bukan setakat soalan tetapi juga meramalkan masa depan mereka.
Walau apapun, hari ini pihak kaji cuaca meramalkan hujan di Kelantan, tetapi pada waktu ini, keadaan malam sunyi dengan titisan hujan. Hanya sesekali bunyi sang kodok memecah kesunyian....wallahu `alam.
Tuesday, November 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment